top of page

Sambutan Hari Guru 2018

  • Writer: smuadiniahbestari
    smuadiniahbestari
  • 17 Mei 2018
  • 1 min membaca

16 Mei 2018 - Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berlangsung dengan meriahnya pada hari ini. Tuan Pengetua memulakan majlis dengan membaca teks perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Guru-guru di bawah pimpinan PK Hem telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat.

Persembahan pentas daripada murid-murid dan guru lelaki menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti tayangan multimedia, sketsa, deklamasi sajak, teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua murid dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru.


 
 
 

Comentarios


HUBUNGI KAMI

SMU (A) Diniah

Kampung Bongor

17000 Pasir Mas

Kelantan

Tel :09-7964218

e-mail : smuadiniahbestari@gmail.com

PAUTAN

SPM

PT3

UPSR

SMU DINI

SMU (A) Diniah  adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja.Hak cipta terpelihara (C) 2018

bottom of page