top of page

Program Motivasi Kecemerlangan Belajar 2018

  • Writer: smuadiniahbestari
    smuadiniahbestari
  • 8 Mei 2018
  • 1 min membaca

8 Mei 2018 - Semua pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 terlibat dalam program motivasi pada hari ini.

Pengetua Sekolah SMU(A) Diniah, Pauzi Yusoff berkata, program itu diadakan bagi menyuntik motivasi dan semangat belajar kepada semua pelajar yang terlibat khususnya, calon-calon UPSR, SMU DINI dan SPM 2018.

Menurutnya, motivasi khas itu disampaikan oleh Protaz Consultancy Sdn Bhd.

"Selain memberi motivasi, penceramah juga berkongsi pengalaman hidupnya hidup miskin penuh dengan kesusahan dan kepayahan sebagai anak yatim demi mengejar cita-cita dan membina masa depan yang cemerlang sebagai seorang berjaya.

"Aspek pendidikan adalah senjata padu dan amat penting dalam membina budaya ilmu dan juga panduan dalam kehidupan. Kepatuhan kepada ajaran agama dan juga bertatasusila serta menghormati ibu bapa dan guru adalah kunci kepada keredaan ALLAH," katanya.


 
 
 

Comments


HUBUNGI KAMI

SMU (A) Diniah

Kampung Bongor

17000 Pasir Mas

Kelantan

Tel :09-7964218

e-mail : smuadiniahbestari@gmail.com

PAUTAN

SPM

PT3

UPSR

SMU DINI

SMU (A) Diniah  adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja.Hak cipta terpelihara (C) 2018

bottom of page